web widgets

Saturday 7 June 2014

teori kemahiran berfikir



Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu.
- Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.
- Otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.



Teori Pelbagai Kecerdasan: Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal



Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali

- Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara.
- Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata.
- Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung.
- Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
- Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
- Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

Teori Konstruktivisme

- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
- Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.
- Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.

proses berfikir



Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Operasi Kognitif- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

kemahiran berfikir



Kemahiran berfikir 
adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Alat-Alat Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebihtersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

(1) Soalan dan Penyoalan

 Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas. Sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus

 2) Peta Minda

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i) Mencatat nota dengan mudah.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

 
  (3) Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

   
  (4)  Alat Cort
    PMI – Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari segi aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan kelemahannya, begitu juga aspek yang menarik tentangnya.
    CAF – consider all factors: sebelum membuat keputusan atau sebelum faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan dengannya.
    C&S – Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada sebab dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena, hendaklah dicari kemungkinan ini.
    AGO – Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan lazimnya ada matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam pencarian proses kognitif.
    FIP – First Important Priorities: apabila membuat pengasingan atau pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah diamalkan.
    APC – Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di sekeliling seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang lumayan.
    OPV – Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat orang yang diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.
    Rules – seseorang yang sedang berfikir hendaklah mengatur fikiran kita supaya patuh kepada peraturan-peraturan tertentu seperti formula matematik. Dia hendaklah patuh kepada sikuen dan proses berlakunya sesuatu dalam peraturan itu.
    Planning – ketika berfikir dengan menggunakan alat perancangan, seseorang hendaklah melibatkan  alat-alat yang lain seperti AGO, C&S, CAF, dan PMI. Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran pemikir membuat perancangan
    Decision – apabila berfikir untuk memnbuat kesimpulan atau keputusan, kesemua alat berfikir yang lain hendaklah digunakan, iaitu:
        Ketika membuat keputusan, ambil kira semua fakta (CAF)
        Anda hendaklah jelas tentang matlamat dan objektif (AGO)
        Mengenal pasti keutamaan (FIP)
        Kenal akan kesan dan akibat (C & S)
        Ada alternatif (APC)
        Menilai semua alternatif yang dipertimbangkan (PMI)
        Pandangan orang lain juyga sudah diambil kira (OPV)



Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.. have fun!

kemahiran berfikir secara kreatif

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

 Pemikiran Konvergen
    - Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.  Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza. Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal


   Pemikiran Divergen.
    - Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

    Pemikiran Reflektif
    - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

    Pemikiran Kritis dan Kreatif
    Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
    Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.