web widgets

Saturday 7 June 2014

Alat-Alat Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebihtersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

(1) Soalan dan Penyoalan

 Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas. Sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus

 2) Peta Minda

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i) Mencatat nota dengan mudah.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

 
  (3) Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

   
  (4)  Alat Cort
    PMI – Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari segi aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan kelemahannya, begitu juga aspek yang menarik tentangnya.
    CAF – consider all factors: sebelum membuat keputusan atau sebelum faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan dengannya.
    C&S – Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada sebab dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena, hendaklah dicari kemungkinan ini.
    AGO – Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan lazimnya ada matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam pencarian proses kognitif.
    FIP – First Important Priorities: apabila membuat pengasingan atau pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah diamalkan.
    APC – Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di sekeliling seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang lumayan.
    OPV – Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat orang yang diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.
    Rules – seseorang yang sedang berfikir hendaklah mengatur fikiran kita supaya patuh kepada peraturan-peraturan tertentu seperti formula matematik. Dia hendaklah patuh kepada sikuen dan proses berlakunya sesuatu dalam peraturan itu.
    Planning – ketika berfikir dengan menggunakan alat perancangan, seseorang hendaklah melibatkan  alat-alat yang lain seperti AGO, C&S, CAF, dan PMI. Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran pemikir membuat perancangan
    Decision – apabila berfikir untuk memnbuat kesimpulan atau keputusan, kesemua alat berfikir yang lain hendaklah digunakan, iaitu:
        Ketika membuat keputusan, ambil kira semua fakta (CAF)
        Anda hendaklah jelas tentang matlamat dan objektif (AGO)
        Mengenal pasti keutamaan (FIP)
        Kenal akan kesan dan akibat (C & S)
        Ada alternatif (APC)
        Menilai semua alternatif yang dipertimbangkan (PMI)
        Pandangan orang lain juyga sudah diambil kira (OPV)



No comments:

Post a Comment